MEMO

Yuran bulanan kelab Tamingsari akan dinaikan pada bulan Januari ini sebanyak RM10. Kepada semua ahli sila ambil perhatian.
Majlis berbuka puasa sempena bulan ramadhan akan diadakan pada 8/12/2001 ditempat yang akan diberitahu kemudian.
Pihak kelab juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya buat nor izwan yang telah pun melanjutkan pelajarannya disebuah kolej baru baru ini. Semoga anda akan berjaya mencapai apa yang anda impikan.
Tak lupa juga buat hasnol yang juga  melanjutkan pelajarannya kesalah sebuah politeknik diselatan tanah air. Semoga sukses hendaknya.

Sambutan majlis tahun baru, hari raya aidilfitri dan hari lahir akan diadakan pada 1/1/2002 bertempat ditaman tasik seremban. Kepada yang berminat sila beri nama kepada penyelaras aktiviti. Mesyuarat akan diadakan pada pada 8/12/2001.

Majlis menziarahi keluarga En John dan En Awe diatas kehadiran orang baru dalam hidup mereka yang akan dibuat pada 25/12/2001. Kepada En John dan En Awe semoga kehidupan anda sekeluarga akan terus bahagia dan diberkati oleh allah swt.

Kepada semua rakyat Malaysia dan ahli kelab, kami ingin mengucapkan selamat berpuasa dan seterusnya hari raya aidilfitri yang akan menjelang.Semoga bergembira dihari lebaran.
 
 
 
 
 
 
 
 

[ PENGENALAN ] [SEPATAH DUA KATA] [ORGANISASI] [KAMI] [LEPAS GERAM]
[AKTIVITI DAN KENANGAN] [PROMOSI] [MEMO] [CANDID]
[SDMA] [JAWAB SOALAN]