AL KISAHNYA

Jadual aktiviti yang akan dijalankan ( tertakluk pada perubahan ) untuk bulan 11 dan 12 serta
pengisian aktiviti untuk tahun 2002 ( dalam perbincangan )

NOVEMBER 2001 Aktiviti kuiz untuk ahli kelab.
Majlis berbuka puasa bersama ahli ditempat dan waktu yang akan diberitahu kelak.
DESEMBER 2001 Aktiviti ditangguhkan seketika. ( Puasa dan Hari raya aidilfitri )
JANUARI 2002 Rumah terbuka kelab sempena hari raya
FEBUARI  Pemilihan untuk jawatan ahli majlis dan ahli jawatan kuasa untuk satu penggal berikutnya.
Program sambutan majlis hari lahir dan cuti - cuti malaysia. Tempat dan waktu akan diumumkan.
MAC *
APRIL *
MEI *
JUN *
JULAI *
OGOS *
SEPTEMBER *
OKTOBER *
NOVEMBER *
DECEMBER *

** Masih dalam perbincangan.

Tahun 2002, pihak kelab akan memastikan aktiviti - aktiviti yang tertangguh pada tahun 2001 akan cuba dilaksanakan seperti mendaki gunung, gotong -royong dan lain lain lagi. Bagi perlaksanaan untuk tahun 2002, aktiviti aktiviti yang akan cuba dijalankan bergantung kepada sumber kewangan yang ada. Pihak kelab akan cuba untuk mengwujudkan satu suasana yang serba meriah bagi kepuasan semua ahlinya. Pihak kelab juga akan cuba untuk mencari mana - mana kumpulan ( persatuan atau kelab )  yang berminat untuk berkongsi menjalankan aktiviti secara bersama seperti pertandingan bowling, bolasepak, bolajaring dan lain - lain lagi. Pihak kelab juga sedang mencuba untuk mencari penaung yang berkebolehan dan berminat untuk menjadi penaja kelab yang disertai  oleh remaja - remaja dan beliawan negara ini. Barangkali, dengan adanya penaung ini akan menjadikan kelab ini terus hidup dan gah dimasa masa akan datang.Buat masa ini perancangan lebih terarah untuk berkerjasama dengan jabatan belia dan sukan negeri.

Aktiviti sosial dan keagamaan akan cuba diadakan sekurang -kurangnya sekali setahun. Ini bertujuan untuk merapatkan ahli - ahli kelab dengan masyarakat luar sekali gus menanam semangat tolong - menolong antara satu sama yang lain. Antara yang dirancangkan ialah membersihkan surau, tanah wakaf dan lain -lain lagi.

Perlaksanaan aktiviti untuk tahun 2001 agak tergendala sedikit keran pertindihan dengan jadual kerja dan juga jadual aktiviti kelab utama syarikat. Perkara seumpama ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana semua ahli telah diingatkan agar tidak membelakang keutamaan pada tempat kerja. Bagi tahun 2002, perancangan akan cuba dibuat tanpa adanya pertindihan dengan mana mana jadual yang berkenaan.

Bagi menjana penyampaian maklumat secara berterusan, laman web kelab telah diwujudkan yang bertujuan untuk merancakan lagi dunia ICT yang semakin diperkatakan. Walaupun ringkas tetapi apa yang diharapkan agar isi kandungnya dapat dihayati oleh semua peringkat. Segala maklumat yang berkaitan dan yang seumpamanya akan cepat disalurkan kepada semua dengan kadar seberapa segera.

Perlu diingatkan, kelab ini bukanlah kelab untuk mengadakan sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan sebarang kekecohan atau kekalutan yang meragukan tetapi sekadar untuk kami mencari sedikit ketenangan yang diperlukan setelah  penat bertugas. Pihak kelab akan memastikan sebarang bentuk aktivitinya tidak akan menyalahi undang - undang.

Sekian terima kasih.

Mutriastuty Bt Asmi
Setiausaha Kelab
Pen penyelaras aktiviti.
tuty_ns2001@yahoo.com

PERHARGAAN.

Laman web ini tidak secanggih mana, namun harapan kami agar segala apa yang terkandung didalan laman ini akan diterima oleh anda. Sila lah beri segala tunjuk ajar yang membina dan berguna untuk kami meningkatkan lagi mutu laman web ini.
Rakaman terima kasih untuk yang sudi membantu buat:-

Pengerusi kelab,
Ajk kelab dan juga ahli - ahli,
Pengunjung - pengunjung yang melawat,
kak long ( amin ),
Semua web master,
Orang perseorangan,
dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak.

Kerjasama dari anda amatlah dihargai demi kebaikan bersama.
 

Yang ikhlas.

Abnor Hamizam B Abd Manap
Penyelaras aktiviti,
Rekod dan pendaftaran ahli.
ctabnoorsina@yahoo.com



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

[PENGENALAN] [SEPATAH DUA KATA] [PROMOSI] [CANDID] [KAMI]
[ORGANISASI] [LEPAS GERAM] [ MEMO] [SDMA]
[AKTIVITI DAN KENANGAN] [LINK PILIHAN]


HAK CIPTA TERPELIHARA.
KELAB TAMINGSARI2001.