YEAAA....... BERCANDA DICAMERON.

Selepas bercanda tepian pantai pada bulan mei yang lepas kali nie mereka dan keluarga mereka mendaki kepuncak Cameron Highlands untuk membeli bunga, strawbery, sayur - sayuran dan buah - buahan yang seakan tak terdapat dibawah sana.
Untuk aktiviti kali ini, ahli kelab telah bergabung dengan mereka yang bukan ahli ( kak minah team ), maka seakan jam hendak menghampiri ke detik 12 malam 2 buah bas telah berlepas dari perkarangan SDMA untuk menghanyutkan mereka - mereka yang gian nak memetik strawbery segar. Emmmm..... nasib baik takde taman buaya kat Cameron tu....... kalau tak ader yang dah jadi makanan buaya.

Apa pun selain dari berebut rebut membeli kobis dan bunga ros, kami juga telah mengadakan secara sempoi sambutan majlis hari lahir untuk ahli kelab dari bulan 7 hingga 10. Walaupun sempoi, kerana sebahagian masa telah dihabiskan dengan aktiviti menanam sayur, strawbery dan juga teh tapi sekurang - kurangnya ader jugak ler yg telah lepaskan gian memotong kek yg dibeli kat puncak bukit tu. Sila klik disini untuk melihat gambar gambar gambar yang sempat dirakamkan samada secara sengaja atau tidak.

Kepada semua kengkawan yg telah bersama sama menjayakan aktiviti ini, pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih. Insya allah, bulan 2/2002 nanti kita akan berkumpul semula disuatu tempat yang akan diberitahu kelak.

wassalam.
 

SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA.
KELAB TAMINGSARI2001.
 
 

[PENGENALAN] [AL-KISAH] [SEPATAH DUA KATA] [ORGANISASI] [KAMI]
 [LEPAS GERAM] [CANDID] [JAWAB SOALAN]
[PROMOSI] [SDMA] [LINK PILIHAN]