SAJEER BUAT KEPOH...

Ruangan ini dibawakan khas oleh wartawan sajeer buat kepoh....


Balik kampung

Raya datang lagi. Tahun nie ajer 2 kali kita raya. Dah tentu ramai yang sibuk pakat - pakat nak balik kampung. Dengar khabarnya tiket bas untuk semua destinasi telah habis dijual. Begitu juga dengan perkhidmatan KTM. Tapi khabarnya, banyak juga tiket tambahan yang disediakan untuk mereka - mereka yang ghairah nak balik kampung. Maknanya tahun ni kuranglah mereka - mereka yang terpaksa beraya dikota gara - gara ketiadaan tiket. Apa pun pastikan anda tidak tertipu oleh ulat - ulat yang banyak merayap disepanjang musim perayaan ini. Sajeer buat kepoh cuma nak ingatkan agar dapatkan tiket di kaunter yang sah sahaja. Orait.......

Sajeer buat kepoh -  tak pernah beraya dibandar lagi.


Musim berjual - jualan

Sana sini anda semua boleh melihat pelbagai jenis jualan yang wujud hinggakan tak sempat kita nak merehatkan mata kita yang asyik disajikan dengan arena - arena tersebut sejak permulaan puasa lagi, malah sebulan sebelum puasa pun dah ada. Yang paling tak bestnya disaat - saat gawat camni ler banyak sungguh jualan serba murah tu. Yang hidup bujang kira okey lagi ler kan. Yang dah berkeluarga seperti mereka - mereka semua, payah juga nak cakap. Namun yang pentingnya sikap berjimat cermat itu yang paling penting. Tapi saper pun boleh tahan kalau offer tu membuatkan orang boleh jadi gila.

Sajeer buat kepoh - shopping di petaling street ajer.


Main mercun

Nampaknya seperti kebiasaan dan juga seakan sudah menjadi tradisi, menjelang musim perayaan terutamanya hariraya, tidak meriah andainya intisari berita dimedia elektronik dan media cetak tidak menyenaraikan kes - kes kemalangan yang disebabkan bermain mercun. Baguslah, saban tahun kita akan kehilangan orang - orang yang kita sayangi kerana dek mercun. Dinegara lain, benda - benda yang bersifat letupan ni dah tak jadi hal, tapi dinegara kita apa ceritanya. Sajeer buat kepoh pun minat jugak ngan benda - benda yang meletup nie tapi tak pulak main sampai boleh meletupkan diri sendiri. Apa pun fikirkanlah buruk baiknya sebelum bermain dengan benda yang boleh menghilangkan jari dan cuping telinga tu paling teruk pun boleh menghilangkan nyawa.....

Sajeer buat kepoh - pernah kerja sebagai pencuci meriam.

14/12/2001


Musim raya di tv

Seperti biasa, seluruh stesen tv dinegara kita akan menyiarkan pelbagai rancangan yang menarik untuk semua rakyat malaysia. Dari sekecil - kecil hiburan hinggalah ke filem percintaan yang sarat dengan adegan kasih sayang. Ada stesen yang menyiarkan hampir 90% program dalam bahasa melayu dan ada juga yang menyiarkan dalam pelbagai bahasa. Namun apa yang sajeer nak kepoh ungkitkan disini ialah janganlah lupa tradisi amalan kita sejak berkurun lamanya, iaitu kunjung mengunjung. Jangan dek kerana rancangan di tv semua boleh menyebabkan anda terangkat, kita jadi malas nak meninggalkan tempat duduk sejak dari pagi. Masa ada kesempatan ini, pergilah berjalan raya, Bukan apa, cerita cerita yang disiarkan bukannya kita tak pernah tengok malah sebelum filem tersebut ditayangkan lagi kitalah orang pertama yang menontonnya. Jadi tak akan kemana semua itu kerana kecanggihan zaman ini membolehkan kita mendahului segala galanya dari stesen tv berkenaan.

Sajeer buat kepoh - cuma dengar radio ajer.

14/12/2001